syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Hilang Part 1
written by //Que at 25 May 2016 & got 0 Comments

Bismillah.
250516; 10:44pm

Alkisahnya tadi, tengah godek-godek folder dalam laptop-- tetibe terjumpa this "karya". lol i wont call this a karya sbb hahaha idk man. it was funny when i re-read it again. but man, yeah i wrote this when I was 15. no lies. tajuk file ni "Hilang" so I guess it was the title of this story *gelak kat diri sendiri* tapi cerita ni takde ending, ada 3 bab je hahahahaha and i have no idea what was the exact ending to that huhu. i hope I can rewind time and do ask the 15-years-old Syahirah. If only..

p/s: this is original copy from the file. i dont re-edit. i do nothing except re-read and gelak.

-------------------------------------------------

Prolog.
Dia merenung jauh ke luar tingkap. Hujan sangat lebat ketika itu. “Hujan rahmat,” bisik hatinya.

All I hear is raindrop, falling on the roof top. Oh baby tell me why you have to go... Kedengaran lagu Officially Missing You yang dipopularkan penyanyi yang bernama Tamia,bermakna ada panggilan masuk di telefon bimbitnya.

“Aaahh! Malasnya nak ambil..” rungutnya di dalam hati. Dalam pada itu, dia tetap kuatkan dirinya untuk bangun dari katil menuju ke sofa bersebelahan dengan pintu biliknya.

“Assalamualaikum, Sya. Kau kat mana ni?” Kedengaran suara teman rapatnya, Anis.

“Aku kat rumah, dalam bilik, tengah layan perasaan.” Dia rebah lemah ke atas sofa.

“Ish, kau janganlah ingat sangat pasal tu. Dont think too much, Sya.”

“Eh, aku cakap je. Yang kau nak lebih-lebih ni dah kenapa?” katanya sambil ketawa. Namun, hanyalah ketawa palsu yang mampu dia lakukan.

“Alah, kau cakap macam kita ni baru kenal semalam je.”

Dia terdiam. Tidak tahu nak membalas apa. Sedih masih terasa dalam dirinya. Sudah masuk tiga hari dia demam. Asyik terperuk saja didalam bilik. Pembantu rumahnya tidak tahu nak buat apa lagi dengan cik mudanya yang seorang itu.

Nur Airisya, anak bongsu daripada tiga adik beradik. Dia berasal dari keluarga yang berada. Dia kini tinggal di Kota Bharu, Kelantan. Tapi, abinya selalu sibuk dengan urusan kerja di dalam dan di luar negara. Uminya kini sibuk dengan hal di universiti. Jika ibu bapanya tiada dirumah, dia hanya bertemankan pembantu-pembantu rumahnya, Bik Surti dan Pak Cik Kamal sahaja. Dia berasa kesunyian memandangkan abang-abangnya sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Anak gadis yang berusia awal 18 tahun ini memiliki tubuh yang langsing lagi tinggi, matanya seperti bebola kaca dan berkulit kuning langsat. Sesiapa yang melihatnya pasti akan terpukau dengan kecantikannya. Walaupun dia mempunyai kecantikan, rumah dan kereta yang mewah, harta yang melimpah ruah dan pembantu yang prihatin dan sayang akan dirinya tapi dia merasakan ada yang kurang tentang dirinya. Ya, keluarga bahagia.

Ketika usianya menjangkau 13 tahun, dia dipaksa tinggal bersama datuk dan neneknya di Pengkalan Chepa, Kelantan atas sebab-sebab tertentu. Datuknya yang garang telah mengubah sikapnya yang terbiasa hidup mewah di bandar dan mengada-ngada menjadi seorang gadis yang solehah dan mendengar kata. Pada usia itu juga, datuknya telah menghantarnya ke sekolah agama yang berdekatan. Maahad Indra Petra seperti rumah kedua baginya. Sudah 6 tahun lamanya dia menuntut ilmu disitu. Selepas habis belajar di sekolah menengah, dia berpindah kembali ke Kota Bharu untuk tinggal bersama keluarganya. Walaupun berat hatinya untuk meninggalkan datuk dan neneknya di kampung, kakinya terpaksa melangkah jua ke kota yang dulu menjadi ‘tempat permainan’nya.  Kini, dia sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)nya. Dia tidaklah begitu risau akan keputusan yang bakal diumumkan lagi 2 bulan lagi. Ini kerana dia seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum di sekolah agama itu. Dia telah berusaha bersungguh-sungguh dalam peperiksaan SPM tahun lalu, kini dia hanya mampu bertawakkal sahaja. Semoga apa yang diharapkan tercapai.

Alunan suara merdu Tamia telah mematikan lamunannya daripada terus asyik mengingat nasib dirinya. Nama Anis jelas tertera di skrin telefon, dia mengangkat panggilan si teman.

“Syaaaaaaa!!” jeritan Anis di dalam telefon membuatkan dia berasa sedikit terkejut dan secara automatik tangannya yang memegang telefon bergerak agak jauh dari telinga.

“Eh, yang kau ni dah kenapa nak menjerit-jerit ni? Boleh pekak telinga aku nanti. Jatuhlah saham aku!” balas Airisya geram.

“Aku pulak ditanya kenapa. Kau lah, kenapa tiba-tiba matikan call tadi?
“Oh, yeke? Sorrylah, tak perasan. Aku tertekan kot.”

“Kalau ye pon tertekan, tak reti-reti ke nak call balik? Aku call tadi, mana nak angkat kan? Aku dah lah ada hal penting nak tanya kat kau ni? Mesti kau tengah mengelamun kan tadi? Sebab tu panggilan terputus kan kan?” bebel Anis. Huh membebel mengalahkan nenek kebayan! Gerutunya di dalam hati.

“Dah, dah. Aku malas nak dengar kau membebel macam nenek. Apa benda yang penting sangat tu, wahai nenek kuat membebel?” jawabnya sambil ketawa.

“Eh, cik kak! Bahasa tu biar elok sikit.”

Airisya memang suka bila dapat tengok teman rapatnya, Anis marah-marah. Dia kelihatan kelam kabut seperti anak ayam kehilangan ibunya. Walaupun dia agak garang, tetapi Airisya senang berkawan dengannya. Seronok dengan perangai gila-gilanya tu!

Anis telah berjanji untuk ke rumahnya esok pagi. Elok sangatlah, esok pon bukannya dirinya sibuk sangat. Lagipun, kalau ada Anis di rumah baru terasa bising dengan jeritan dan gelak tawanya. Boleh kecoh satu rumah! Tujuan dia datang ke rumah bukan hanya sekadar hendak menziarah tetapi ada satu misi yang mahu di jalankan!


Will be continued... (lol)